Saturday, September 24, 2016

Future life tips

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum 💕

Future life tips (marriage and parenting tips)

Actually post nie adalah reminder for future me and my future zauj 😆 apa yang aku dapat dari kelas Habib Izuddin.

Tak guna, kalau kita bercinta bagai nak rak sekalipun tapi tak ada niat mahupun usaha untuk membina masjid atau menghalalkan hubungan tu. Umur 20 an nie memang ramai remaja memang terjebak dengan cinta dongeng. Ramai yang nak kahwin muda tapi takde ilmu dalam rumah tangga. Dan, itu adalah punca peningkatan kes cerai dan masalah sosial dalam kalangan remaja. Jadi, muhasabah semula tujuan hidup. Adakah hidup itu hanya untuk mencari pasangan dan bercinta? Tidakkan? So, alihkan fokus kalian kepada yang lebih bermanfaat. Kumpul duit, kutip ilmu dan berjasa kepada ibu bapa. Dan barulah fikir tentang kahwin. Tapi kalau jodoh sampai awal, alhamdulillah. Tapi kalau mati yang hadir dulu, moga cukup amalan kita untuk ke syurga. 😊

Jadi, pesan habib.. Dalam memilih suami..

1. Pilihlah suami yang bertanggungjawab, bukan yang bergaji besar.
2. Suami yang boleh pimpin kehidupan beragama.

Erm, dua je pesan habib yang aku sempat salin..sebab khusyuk sangat dengar kot? Eh eh..

Kerukunan rumah tangga bermula dari taat mengikut panduan agama.

Setiap rumah tangga yang bermula dengan maksiat, akan menjadi asbab lahirnya lebih banyak maksiat. Tapi tak terlambat untuk kita ubah maksiat itu, dengan..bertaubat..

P/s terima kasih awak..

Untuk wanita, kena ingat kalau nak kahwin, pastikan sudah bersedia untuk menjadi seorang IBU dan ISTERI..

Next, tips mendidik anak..

1. Bermula dari diri kita sendiri dulu.
2. Bagi anak nama-nama yang baik (nama-nama Nabi dan nama-nama Ummahatul Mukminin)
3. Ajar tauhid sejak dari kecil
4. Biasakan anak sejak kecil menutup aurat (pakaikan seluar panjang)
5. Lazimkan anak-anak dengan sunnah Nabi
6. Bawa anak bergaul dengan orang soleh
7. Jaga lidah
8. Elakkan bawa anak-anak ke tempat maksiat (shopping mall)

Semoga yang lahir dari rahim kita adalah orang-orang yang soleh..

Sekian terima kasih ☺

Reminder for yourself. For your future self.