Tuesday, August 23, 2016

Be happy 😊

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim 
Assalamualaikum 


So, topik aku harinie adalah untuk jadi happy, gembira dan bahagia. Dan kunci untuk kebahagiaan adalah syukur. Syukur dengan sekecil-kecil pemberian. Syukur sebab ada mak dan ayah walaupun kau jarang dapat jumpa dengan mereka sebab belajar jauh. Sebab ada antara sahabat-sahabat kau yang saban hari menanggung rindu untuk memanggil ibu dan ayah. Syukur walau setitik nikmat yang kau ada. Syukur sebab masih diberi peluang untuk hidup. Kerana mungkin, ada yang sedang berjuang di hujung nafas. Syukur kerana diberi peluang sihat. Kerana kau masih boleh berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat. Kunci bahagia adalah syukur dengan apa yang ada. Moga Allah gandakan nikmat dengan asbab kau bahagia dan kuat mengharungi ujian yang Allah bagi. Alhamdulillah. Ya Allah, jadikan kami hambuMu yang sentiasa bersyukur 

Sunday, August 21, 2016

Being healthy

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim 
Assalamualaikum 


While typing this post, I'm in front of Kulliyah of Medicine, UIAM. Baru lepas set appointment dengan IIUM Eye Specialist Centre.  Dah dekat-dekat nak balik Sarawak, baru dapat pergi cek huhu, baru ada orang nak hantar. Alhamdulillah, harap-harap sempatlaa appointment before balik sana. So, post hari nie adalah tentang sihat. Yelaa kan, semua orang suka sihat. Sape suka sakitkan? Bila sakit, bukan sahaja diri kita yang merana, orang sekeliling kita pun semua risaukan kite, ye tak ea?

Ape-ape pon walau sakit itu ujian, mungkin ia juga nikmat tanpa kita sedari. Sakit kan tanda Allah sayang, sakit juga boleh kifarahkan dosa-dosa kita yang lalu. Orang yang jaga orang sakit pun dapat banyak pahala. So, bila kita sakit, jangan laa kita mengeluh seolah-olah dunia telah berakhir. Kerana, mungkin di sebalik kesakitan itu ada nikmat yang tersirat. Mungkin, sebagai hamba yang lemah, kita tak sedar nikmat itu kerana diselaputi ujian. Ramai orang minta nikmat, tapi tak semua dapat. Tak ramai yang minta ujian, tapi semua dapat. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ketentuan Allah. 
Tapi bila ditimpa sakit, kena jugak cuba dan usaha untuk kembali sihat supaya mudah untuk kita beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat. Tak bolehlaa time sakit, kite duk menung je. Badan rasa tak larat, so kite tinggal solat. Allahu, jangan tambah dosa ketika sakit. Sepatutnyaa waktu sakitlaa, kite perbanyakkan ibadah kepada Allah. Moga-moga Dia sembuhkan penyakit kita. Yalah, Allah yang berikan sakit, sudah tentu Dia juga yang Maha Menyembuhkan. Tak guna kita pergi ikhtiar perubatan yang mahal kalau kita tidak memohon daripada Allah untuk sembuhkan segala kesakitan. Kita berusaha, dan Allah yang akan tentukan natijahnya. 

Doakan saya diberi kesihatan ya kawan-kawan. Kesihatan rohani dan jasmani, insyaAllah. 

Wednesday, August 10, 2016

Random

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum 🌸

Two random post in a day.

Aku terbaca satu tweet yang lalu dekat timeline pagi-pagi buta nie (1.10 am)

Kalau kita nak mati dengan kalimah (لا اله الا الله محمد رسول الله), kita kena hidup dengan kalimah tersebut dulu. Moga pengakhiran hidup kita di dunia dan permulaan hidup kita di alam baqa' bermula dengan kalimah mulia tersebut.

Dan, pada waktu pagi yang segar ini, kita renung sejenak hidup kita, tujuan hidup kita, arah tuju kita, ke syurga atau sebaliknya (moga Allah jauhkan). Allah, kembalikan kami dalam keadaan yang Engkau redha..

Ya Allah, akhirkan kalam kami dunia dengan kalimah لا اله إلا الله،  محمد رسول الله..

Random

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum 🌸

Actually post ini ditaip dan dipadam banyak kali. Waktu nak taip post nie, ada ketika ada butir-butir jernih di pelupuk mata. Namun pantas diseka, oleh egonya diri seorang manusia. Sang pelupa. Pernah tak ada suatu ketika kau rasa jiwa kau kosong, hati kau kering, segersang padang pasir? Dan tiba-tiba ada satu rasa menyapa, rasa rindu. Kau rindu untuk hidup bertuhan.

Monday, August 8, 2016

Rindu seorang anak

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum!

Tadi, terserempak dengan satu post di FB yang bertajuk "Rindu seorang anak". Bila terbaca tajuk post tu, aku taktahu kenape, mata aku berair tiba-tiba *emosi tak kena tempat* padahal baru baca tajuk hehehe. Bila dah baca isi post tersebut, actually banyak betulnya. Realiti masyarakat zaman sekarang. Zaman ekonomi gawat. Zaman wang yang boleh menggantikan kasih sayang. Mak ayah keluar seawal 7 pagi, tinggal anak di taska, selewat 6 petang baru boleh ambil di taska. Anak membesar dengan pengasuh dan guru. Malam-malam anak cuba bermanja, dimarahinya pula kerana mak ayah penat bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Realiti zaman sekarang. Bukan salah mak ayah sibuk mencari rezeki. Namun, bagaimanakah mahu diterangkan kepada si kecil yang masih belum mengerti?

Dan, aku juga melalui fasa menjadi si kecil yang tidak mengerti. Mama dan baba aku insan yang bekerjaya. Jarak rumah dan tempat kerja mama dan baba, Kuantan-Pekan ambil masa 45 minit setiap hari. Waktu kecik seawal 6.30 pagi mama dan baba dah mula tinggal aku untuk pergi kerja dan aku masih ingat bagaimana aku berdiri di depan pintu sambil lambai tangan kepada mama dan baba "bye bye darling" haha ape yang aku selalu ucap kepada mama sebelum mama pergi kerja. How I wish my mom know that I really love her and always miss her. Dan aku tahu, mama pon selalu ingat aku dekat tempat kerja sebab mama pernah cakap "mama dengar suara angah kat sekolah mama, menangis minta susu" hahahahahaaa.

Dan sekarang, aku yang 20 tahun mula mengerti, pengorbanan mama dan baba mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Rindu seorang anak, bukan hanya anak yang menanggung rindu. Ibu dan ayah juga rindu, jauh di sudut hati mereka. Aku yang 20 tahun ini baru memahami, rindu ku tidak pernah sendiri. Ada yang lebih merindui diri ini, sebenarnya.

Untuk aku, yang juga bakal ibu dan mana-mana wanita yang juga bakal ibu. Menjadi ibu, bukan mudah. Bukan dengan hanya upload gambar di instagram dengan caption sayangnya anak. Menjadi ibu lebih dari itu. Ibu merupakan madrasah pertama untuk anak-anak. Oleh itu, jadilah madrasah yang penuh dengan ilmu, agar anak-anak mampu mengharungi dunia yang penuh onak dan duri ini.