Friday, January 15, 2016

Successful domestic engineer to be (:

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum (:


Struggle.
Yeah I'm struggling.
I'm fighting the battle.

lol~ selamat datang ke dunia chirpylittle. Bagi yang tidak tahan bebelan, harap jangan baca! 

Jadi, kisahnya begini. Aku dilahirkan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga yang terdiri daripada dua adik beradik lelaki haha! Bukan mudah tau jadi anak perempuan sorang! Expectation makhluk bernama manusia, bila tahu aku adalah anak perempuan sorang, "mesti manja" , "mesti awak dapat semua yang awak nak" , yeah, I got all the things that I want since I was a little girl. Sejak kecil juga, aku dimanjakan, ada bibik yang lebih selesa aku panggil "kakak". Kakak memang sangat sangat sangat sayangkan aku dan manjakan aku. Aku tak pernah gosok baju sendiri sehinggalah aku masuk sekolah asrama. Minggu pertama di asrama, aku TERbakar semua baju, kain dan tudung sekolah sebab aku tak reti guna seterika (and then reality just slap me really really hard). Gosok baju tak pernah apatah laaaagi masuk dapur. Tapi, alhamdulillah aku masak sedap hahaha even just campak-campak. Nampaknya campak-campak aku still ade skill hahahaha (just kidding okey). Dulu, aku balik dari asrama, aku letak beg baju depan pintu then aku taktahu apa jadi pada beg tu sehinggalah hari aku nak balik asrama, aku ambil beg tu di depan pintu. Baju semua dah siap gosok (seronok sangat hidup waktu tu hahaha) (bila dah besar merana) (cane nak jadi isteri orang) (tolong jangan reject saya hahaha saya dah insaf)  

Okey, jadi bila aku masuk tingkatan 4, alam realiti bermula. Mama aku jatuh sakit dan kakak aku pulang ke Suroboyo -_- Once again reality hits me. Bermulalah pekerjaan aku sebagai domestic engineer. Basuh pinggan adalah perkara yang sangat sukar. Baju, usah bilang pak, selalu menggunung setinggi gunung Everest. Things get hard. My bros and my father tidak ditampar oleh Inche Realiti. Aku amik peranan kakak dan mama. Bukan sesuatu benda yang mudah untuk aku. MALAS yang sudah sebati dan enggan bercerai dengan aku. Setiap hari aku tertekan. Setiap hari aku tak sempat, nak basuh baju, sidai baju, masak, basuh pinggan, cuci pinggan, keringkan pinggan, aku buat untuk semua! The boys in my family don't do all these things because.. Dari kecik mereka dimanjakan. Aku faham sebab aku pun berada di tempat mereka. Tapi aku sakit ditampar oleh realiti dan selama-lamanya aku tak boleh begini. Aku kena berubah! ~ and then slowly I change. 

One day, I'll become a wife, faithful wife HAHAH. I'll have my own family. 
Dan.. aku nak anak perempuan ramai-ramai HAHAHA. Umur tiga tahun aku nak ajar diorang, letak baju dalam bakul sendiri. Cuci pinggan HAHAH (okey enough, angan-angan je oa fantasi masih bermimpi) tapi, aku harap, aku dapat suami yang rajin tolong aku (AMIN). Aku pernah cakap dekat ayah aku "Ba, angah tanak cari orang pantai timur" "kenapa?" "sebab, kebanyakan orang pantai timur laki nie pemalas" "mengata ke baba laa tu" (aku gurau je time nie) 

Lelaki, tolong mak ayah kakak isteri wanita di sekeliling kamu. Tak mudah k jadi housewife atau bahasa sains domestic engineer hahaa. Tak mudah k. I respect all mom and housewives, may Allah bless you dunya aakhirah and give you jannah. Tugas jaga rumah bukan fully tugas wanita. Bukan ke tu tugas lelaki?! (membebel dalam nie ayah adik abang aku tak baca pon hahahah) Okey luahan perasaan di pagi hari hahaha ditemani hedgehog ku yang masih tak dapat terima kenyataan bahawa dia tidak boleh bergayut seperti sugar gliders. Oops sorry guys! HAHAA tanak bebel dah. FULLSTOP. 

To my future zauj,
Sorry, you got a pot pet wife.
A wife who always nag over silly things.
Please prepare yourself. HAHA.
Kesabaran anda mungkin diuji.

Sekian,
(Yang bercita-cita jadi domestic engineer berjaya)


Sori guys. Terluah. 

Thursday, January 14, 2016

Resepi Triffle Food Lab

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum (:


Okey, insyaAllah hari ini saya akan share resipi triffle. Ntahlaa triffle ke truffle. Tapi yang penting ini resepinya haha. Okey, resipi nie saya ambil daripada sahabat sekolah menengah saya, Hidayah. 
First time makan waktu F3, memang jatuh cinta dengan triffle niee *cehh* tapi saya sebenarnya tak makan kastard dia sebab ade susu. 



So, gambar di atas saya pinjam *copy daripada inche Google. Itu gambar triffle from Eropah. Dia punya layer guna cream cheese/whipping cream. Triffle yang saya buat simple jaa. Versi Melayu punya, murah dan jimat, hahah.



Even, triffle versi Melayu ini taklah nampak menyelerakan macam gambar di atas atas. Tapi sekali makan, takleh berkelip mata sebab terlampau sedap haha *hiperbola* okey so, aku jual triffle nie sebekas RM 2, harga kekawan. Sori dah banyak bebel, we move on to our topic, triffle recipe *speaking konon*

Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Kek swiss roll gebu dan halal
  2. Tepung kastard
  3. Gula
  4. Esen vanilla *optional
  5. Susu cair
  6. Buah-buahan
  7. Jeli agar-agar NONA


Cara-cara

Layer Pertama *paling bawah*

Kek swiss roll dipotong-potong

Letak dalam bekas (mampatkan sampai takde ruang)
-supaya layer kastard tak jatuh ke bawah

Renjis air cocktail/nata de coco
- supaya kek jadi lembut

Layer Kedua *kastard*

Satu tin susu cair
Satu tin air
6 sudu besar gula (boleh lebih kalau suka manis) 
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Campur dalam periuk sampai sebati
Lepastu baru masak atas api sederhana/kecil
Kacau non stop sehingga larutan kastard berkilat
Letak atas layer pertama

Lapisan Ketiga *buah*

Letak buah-buahan
-kalau banyak pitis/duit guna laa buah-buah masam (strawberry/kiwi/peach/berries)

Kalau saya, saya guna buah dalam tin cocktail dan nata de coco je.
Sedap pun sedap!

Letak buah tu, make sure jangan letak sekali dengan air.
Buah sahaja!

Lapisan Keempat *jeli*

Beli jeli nona.
Baca instruction.
Masak ikut instruction.
Letak atas lapisan buah.
Letak slow-slow takut lapisan kastard pecah.

THE END.

Letak dalam peti dan enjoy!


Sekian. Kalau ade yang tak faham or soalan, boleh tanya dalam ruang komen. 

Tq (:


nota kaki:
InsyaAllah resipi ini akan diupdate sekali dengan gambar.
Maaf, sekarang takde gambar ade masalah nak upload ):