Friday, November 27, 2015

Hectic Weeks!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Assalamualaikum 💕

Alhamdulillah, masih bertahan sehingga hari ini. Minggu nie sangat sangat packed dengan esaimen dan final yang bakal berkunjung. Jadi, aku yang selalu tertidur lepas isyak tetiba berubah waktu tidur ke pukul 2-3 pagi. Kejutan kepada sistem badan 😂 tetapi, serius sangat rasa berpuas hati bila list esaimen semakin pendek 📝.

Bila banyak esaimen, banyak yang kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan nie bagus kalau ahli dia semua bagi kerjasama. Tapi selalu je ade ahli yang macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak. Ada ahli yang MIA (Missing In Action). Hari nak hantar esaimen baru muncul. 😥 Kalau dapat semua ahli group yang dapat bagi kerjasama. Tenang jugak buat kerja. Lagi letih, kalau dapat group yang mengharapkan kite seorang. Harinie, aku ade group discussion. Janji pukul 9 pagi, aku pun tunggu for 30 minutes and no one came except me. Pukul 9.45 pagi baru sorang-sorang muncul. Tapi, apa boleh buat, boleh bersabar je.

Tapi, nasihat saya untuk diri saya sendiri untuk dua tiga tahun akan datang. Jadi mahasiswa, kena bersifat profesional *kelas soft skill punya ayat*, jangan datang lewat kelas, discussion, lab, jangan menzalimi waktu orang lain. Be punctual. Bagi komitmen kepada esaimen yang melibatkan kumpulan. Nak berjaya, bukan dengan belajar semata-mata, kena buat baik, tunaikan hak-hak orang lain, hak sahabat-sahabat kita, hak pendidik kita. Jangan menzalimi hak orang lain. Contohlaa kan, esaimen tu kena buat berdua, tapi kita biarkan kawan kita buat sorang. Tak adil lah kan? Menzalimi kawan kita tu, pening pikiaq sorang-sorang. So, be kind. Help others. Allah will help us. One more thing, jangan buat kerja cincai. Bila buat esaimen, do your best. Aku, perfectionist bila buat kerja. Kena kemas. Jangan buat cincai-cincai. Buat esaimen sepenuh hati, okey! ❤ Jangan buat orang lain pening baiki hasil kerja kau. Kalau boleh, biar lecturer impress bile tengok hasil kerja kau.

Sekian. Bebelan saya hari nie. Dah semakin rajin menaip. Target nak buat novel. Heheheheeeee. 😁 Jadi kena rajin menaip supaya skill menulis semakin baik.

Night everyone. Ahlam jameeelah.

No comments:

Post a Comment