Saturday, November 28, 2015

Berlari 🏃

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim 💕
Assalamualaikum 🌷

"Fafirru ilallah"
"Berlarilah menuju Allah"

Berlari. Berlari menuju Allah.
Tidak kisah bagaimana cara kita menuju Allah.
Berlari pecut kah? Larian santai atau berlari anak-anak. Kalau tidak mampu untuk berlari, berjalan. Tidak mampu untuk berjalan, mengesot. Tidak mampu nak mengesot, merangkak. Kerana yang utama, bukan cara kita, tetapi arah kita. Benarkah arah kita berlari? Benarkah arah kita sekarang sedang menuju kepada Allah?

*Refleksi diri*

Kita selalu melihat hidayah yang Allah bagi sebagai perkara yang mudah. Namun, hidayah Allah itu sebenarnya amat bernilai harganya.

Allah selalu menjadikan sesuatu yang kompleks itu mudah di mata manusia. Bukti kekuasaan Dia. Sebagai contoh, pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak, hanya perlu "bersama", nampak mudah di mata kita manusia, sedangkan proses penciptaan bayi itu amat rumit. Kalau semudah itu proses untuk mendapatkan anak, mesti berderet orang yang dapat A+ Biologi. Bermula dari setitis air mani, segumpal daging, tulang belulang dan menjadi makhluk yang dipanggil manusia. Begitu hebat penciptaan Allah sehingga tidak terjangkau oleh akal kita.

Hebatnya kekuasaan Allah. Menjadikan langit tanpa tiang. Kita, manusia, nak buat kilang paku yang sebesar ibu jari itu pun memerlukan kilang yang besar. Lemahnya manusia, namun terkadang mendabik dada dengan kehebatan yang tak seberapa sehingga lupa Dia, yang lebih berkuasa.

Hidayah Allah. Kita tak boleh tunggu hidayah Allah tanpa usaha. Kita sendiri kena mencari hidayah Allah. Lihat kekuasaan alam. Alam adalah bukti kekuasaan Allah. Semakin kita mentadabbur alam, semakin kita meyakini dan mengenali sifat-sifat Allah. Jom paksa diri kita berubah. Paksa diri kita, untuk berlari menuju Allah. Kerana, kita sendiri tidak pasti sampai bila persinggahan kita di dunia. Jangan sia-siakan waktu kita di dunia. Kelak, merana di sana. Memohon untuk kembali ke dunia, mencari amal untuk kembali kepada Nya.

Olahan dari buku Ustaz Ebit Lew, Menelusuri Cinta. 💕

Friday, November 27, 2015

Hectic Weeks!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Assalamualaikum 💕

Alhamdulillah, masih bertahan sehingga hari ini. Minggu nie sangat sangat packed dengan esaimen dan final yang bakal berkunjung. Jadi, aku yang selalu tertidur lepas isyak tetiba berubah waktu tidur ke pukul 2-3 pagi. Kejutan kepada sistem badan 😂 tetapi, serius sangat rasa berpuas hati bila list esaimen semakin pendek 📝.

Bila banyak esaimen, banyak yang kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan nie bagus kalau ahli dia semua bagi kerjasama. Tapi selalu je ade ahli yang macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak. Ada ahli yang MIA (Missing In Action). Hari nak hantar esaimen baru muncul. 😥 Kalau dapat semua ahli group yang dapat bagi kerjasama. Tenang jugak buat kerja. Lagi letih, kalau dapat group yang mengharapkan kite seorang. Harinie, aku ade group discussion. Janji pukul 9 pagi, aku pun tunggu for 30 minutes and no one came except me. Pukul 9.45 pagi baru sorang-sorang muncul. Tapi, apa boleh buat, boleh bersabar je.

Tapi, nasihat saya untuk diri saya sendiri untuk dua tiga tahun akan datang. Jadi mahasiswa, kena bersifat profesional *kelas soft skill punya ayat*, jangan datang lewat kelas, discussion, lab, jangan menzalimi waktu orang lain. Be punctual. Bagi komitmen kepada esaimen yang melibatkan kumpulan. Nak berjaya, bukan dengan belajar semata-mata, kena buat baik, tunaikan hak-hak orang lain, hak sahabat-sahabat kita, hak pendidik kita. Jangan menzalimi hak orang lain. Contohlaa kan, esaimen tu kena buat berdua, tapi kita biarkan kawan kita buat sorang. Tak adil lah kan? Menzalimi kawan kita tu, pening pikiaq sorang-sorang. So, be kind. Help others. Allah will help us. One more thing, jangan buat kerja cincai. Bila buat esaimen, do your best. Aku, perfectionist bila buat kerja. Kena kemas. Jangan buat cincai-cincai. Buat esaimen sepenuh hati, okey! ❤ Jangan buat orang lain pening baiki hasil kerja kau. Kalau boleh, biar lecturer impress bile tengok hasil kerja kau.

Sekian. Bebelan saya hari nie. Dah semakin rajin menaip. Target nak buat novel. Heheheheeeee. 😁 Jadi kena rajin menaip supaya skill menulis semakin baik.

Night everyone. Ahlam jameeelah.

Wednesday, November 25, 2015

Menjadi yang terbaik 💕

Bismillah.
Assalamualaikum (:

Random quotes daripada telegram. 🌸

🌻 Perkara yang paling penting bagi yang nak berubah bukanlah memakai jubah atau purdah, bukan berwatak ustaz atau ustazah. Tapi dengan menuntut ilmu 🌻

Pakaian tidak melambangkan keimanan dan ketaqwaan seseorang. Tak semestinya dia bertudung labuh, berkopiah dan berserban. Dia dijamin syurga. Tidak. Sekurang-kurangnya, dengan berpakaian yang mengikut syariat agama, si dia mencuba untuk menggembirakan pencipta-Nya.

Nak berubah, tuntut ilmu.
Belajar al-Quran.
Belajar agama.
Kerana, dengan ilmu,
Kita dapat beza yang hak dan batil.

🍁"Tanda cinta dan kasih sayang Allah,
apabila kita diletakkan dalam majlis ilmu,
majlis mengingati Allah dan didampingkan
bersama orang-orang yang soleh.

Tanda cinta dan kasih sayang,
Allah sentiasa meletakkan kita di dalam agamaNya,
ianya merupakan sebuah hadiah yang besar
maka hendaklah kita bersyukur.

Aku berpesan hendaknya kamu tidak berasa dirimu lebih baik dari orang lain, walau siapapun itu sebab kamu tidak tahu akhirnya dia dan kamu..🍁

-Al Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad-

Sunday, November 22, 2015

# Random 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Every time it rains, it stops raining.
Every time you get hurt, you heal.
After darkness there is always light -
You are reminded of this every morning, 
but still you often forget, and instead chose to believe that the night will last forever.
It won't.
Nothing lasts forever.
So if things are good right now, enjoy it.
It won't last forever.
If things are bad, don't worry because  it won't last forever either.
Just because life isn't easy at that moment,
doesn't mean you can't laugh.
Just because something is bothering you,
doesn't mean you can't smile.
Every moment gives you a new beginning and a new ending.
You get a second chance, every second.
You just have to take it and make the best of it and when you get hurt,
you heal.  

-Lucaspeebo-


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nothing lasts forever.
Dunya is temporary.
Akhirah is forever.

Friday, November 13, 2015

Qawiyy 💕

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 
"Baba cakap takpe, Allah ada. Bila sakit ditarik seri muka, selera makan, keupayaan dan juga dihapus dosa. Tapi baiknya Allah taala, bila sihat Dia tak bagi balik dosa kita. Dia nak bagi syurga. Berhentilah menangis Humairah. Dia nak bagi syurga. Dia uji sebab Dia sayang." -Aishah Humairah Lokman-
Setiap kali baca cerita pasal kak Aishah. Sentiasa terinspirasi. Betape kak Aishah positif dan kuat dalam hadapi penyakit. Berjuang hingga ke nafas yang terakhir. Moga yang diuji dengan kesakitan, Allah permudahkan. Allah uji kerana Dia sayang. Dia nak hapuskan dosa kita. Bersabarlah. Nak syurga Allah tak mudah.

Catatan untuk aku. Bila sakit, baca. Jangan putus asa. Positif. Bersangka baik dengan Allah.