Thursday, June 18, 2015

Keluarga Syam ( Bahagian 3 )

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat jugak sambung kisah Rawiyah untuk bahagian yang ketiga. Harinie jugak, tepat setahun ustazah Rima dan keluarga meninggalkan aku dan Malaysia. Alhamdulillah, taqdir Allah sememangnya tersangatah indah.

Setahun yang lepas (RAMADHAN 1435 Hijrah)

Setahun yang lepas, pada waktu petang, aku ada makmal Biologi. Semuanya berjalan seperti biasa, dan ketika aku ingin pulang daripada makmal, aku menyedari ada beberapa missed call daripada sahabat-sahabat ejensolehah. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, "ada orang meninggal ke?, ada orang sakit ke?" , sebab jarang sangat sahabat-sahabat ejensolehah aku telefon pada hari minggu. Bila sampai di bilik, aku buka whatsapp dan tengok ade screenshot daripada Facebook Ustaz Nafiz mngenai keberangkatan Ustaz Anas dan keluarga untuk pulang ke Turki. Ketika itu, aku berasa sangat sedih dan kecewa, apa yang aku mampu ucap.."Ustazah Rima, tak baitahu pun aku". Dengan segala kekuatan yang ada, aku telefon ustazah Rima dengan harapa, ustazah masih belum berlepas. Selepas beberapa deringan, aku mendengar suara ustazah Rima lembt menyapa telinga aku. Waktu tu, aku kontrol lagi, cakap cakap biasa, tanya khabar sehinggalah sampai kepada soalan yang aku memang nak tanya.."Ustazah nak balik Syria ke?, Kenapa ustazah tak bagitahu saya?", waktu tu aku memang dah tak dapat tahan air mata, ustazah jawab dengan tenang, dan selepas itu hanya bunyi esakan kecil daripada ustazah. Allahu, pertama kali dalam hidup aku, aku rasa sangat takut akan kehilangan. Pertama kali dalam hidup aku, aku rasa sakit, sesak dada yang teramat sangat. Pertama kali dalam hidup aku, aku risaukan seseorang yang tiada sedikt pun pertalian darah dengan aku. Ya, dia saudara seislam aku, saudara seaqidah aku. Dan, sejak itu, baru aku belajar dan faham erti ukhuwwah islamiyah yang sebenar. Allahu Akbar, jazakillahu khairan kasira ustazah Rima. 

copy Inche Google


Cuba kita renungkan, muhasabah diri kita sendiri, " adakah kita betul betul mengambil tahu tentang saudara-saudara seaqidah kita yang ditindas di Syria, Palestin dan seantero dunia yang lain?" . Allahu Akbar, di Malaysia kita diuji dengan nikmat, tapi itu bukan alasan untuk kita melupakan saudara-saudara seaqidah kita yang ditindas. Mereka berjuang menjaga tempat suci umat Islam, Masjidil Aqsa tanpa meminta apa-apa balasan pun daripada kita. Mereka tidak takut akan kematian. Kematian adalah satu rahmat untuk mereka, kerana janji Allah itu pasti, apabila mereka meninggalkan dunia yang fana ini, mereka yakin, tempat yang bakal mereka tuju adalah syurga yang abadi. Sedangkan kita? Berapa ringgit yang kita pernah sedeqahkan dan infaqkan fi sabilillah? Berapa ramai yang mematuhi suruhan Allah? Kita perlu ubah. Umat Islam kena bangkit. Kita kena bantu umat Islam yang sedang ditindas oleh mereka yang zalim. Kita kena bangkit seperti Turki. Berani menuntut bela nasib-nasib saudara-saudara seaqidah dengan mereka. Ya, masih ada peluang. Masih ada cahaya di hujung terowong. Ayuh, perbaiki diri, bermula dari diri kita sendiri. Bermula dari hari ini. Jangan tangguh lagi. Ummah sedang tenat dan parah. ): 

Khabar Gembira (:

Beberapa hari jugaklah aku buat episod drama air mata, sebab aku rasa risau, sedih, terkilan, kehilangan. Pelbagai rasa. Bercampur baur. Tiada khabar berita daripada ustazah Rima sehinggalah hari kedua Ramadhan, aku mendapat khabar gembira, ustazah telah melahirkan puteri keduanya di sempadan Turki-Syria. Alhamdulilah, dan nama puteri keduanya adalah "Mawaddah". Allahu Akbar, tak tergambar perasaan ketika itu. Ustazah namakan puterinya dengan nama aku..Rasa nak melompat lompat beritahu seluruh duniaa *ececeh hehe. 




Alhamdulillah, sekarang ustazah menetap di sempadan Turki-Syria. Daripada gambar yang aku lihat, selesa jugaklah tempat yang keluarga ustazah tinggal. Alhamdulillah, cukup untuk hilang sikit rasa risau aku. Sekarang, aku masih rindu, terlalu rindu, masih ada juga rasa sedih dan risau bila terkenangkan ustazah. Kadang-kadang rasa terkilan sebab tak dapat bantu ustazah. Tapi teringatkan nasihat-nasihat ustazah dan sahabat-sahabat, aku rasa sedikit tenang. Aku mula yakin bahawa taqdir Allah adalah taqdir yang terindah. Segala ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. DAN, yang paling penting, JAGAAN ALLAH adalah yang TERBAIK. Mog Allah jaga dan lindungi keluarga syam ku yang aku sayang dan cintai selalu kerana Allah, insyaAllah.

Rawiyah sayang, membesar jadi anak yang solehah ya, mujahidah untuk agama. Mawaddah jr, Selamat Hari Lahir yang pertama adikku sayang, walaupun akak tak pernah dapat memeluk awak, hanya berpeluang menatap gambar awak dan melihat video-video awak, akak sayang awak seperti adik kandung akak. Tak kurang dan tak lebih, sama seperti akak menyayangi kakak mu, Rawiyah. (:


InsyaAllah ade lagi sambungan. 

Ramadhan kareem. Allahu Akram. Jom sama-sama perbaiki diri. Moga Alah redha. (: Selamat bersungkei! :)

Thursday, June 11, 2015

Keluarga Syam ( Bahagian 2 )

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Mata Bulat Itu

Pada suatu petang yang hening, ditemani angin laut cina selatan, aku dan rombongan ejensolehah pergi menziarahi ustazah Rima dan puterinya, Rawiyah. For the first time, kami ramai-ramai menjejakkan kaki di teratak ustaz Anas. Sebenarnya, rumah ustaz Anas dan ustazah Rima nie bersambung dengan asrama lelaki yang dikenali sebagai Dar Bukhari. Asrama kami dulu rumah-rumah kayu, jadi apabia ramai-ramai naik rumah ustazah maka “berkeriak-keriuk” lahh bunyi lantai kayu rumah ustazah. Aku bimbang jugak kalau tetibe roboh dek muatan yang tetiba melebihi had. Nama Rawiyah juga diambil sempena nama dar Bukhari iaitu seorang periwayat hadis. Kali pertama aku menatap wajah Rawiyah, aku terus jatuh cinta,*ececeh ayat* hehe. Yang pasti, pertama kali kami jumpa dia, dia menangis dan meraung kerana terkejut dengan kehadiran begitu ramai makhluk yang wajahnya masih belum pernah ditatap oleh kornea matanya hehe *ayat hiperbola*.



Kenangan Debat Bahasa Syurga

Memori ketika latihan debat Bahasa Arab antara yang aku tak dapat lupakan. Rawiyah dapat 6 orang babysiters iaitu, aku, Saadah, Thahirah dan Nuha dan 2 orang lagi junior aku iaitu Munirah dan Asma’. Setiap kali latihan debat, Rawiyah akan bersama kami sebab ustaz Anas dan ustazah Rima bertungkus-lumus menyiapkan dan memperbaiki teks-teks debat kami. Setiap kali latihan malam, kami akan bergilir-gilir tidurkan Rawiyah sambil berselawat dan qasidah hehehe *sore Teroh sedap sekali* hehe. Kalau aku dengan Saadah dodoikan dia, mengambil masa berjam-jam hehe, kalu Teroh dodoikan kejap jee dia lena. Bila pergi debat Bahasa Arab, Rawiyah jaaaadi femes. Semua orang nak tangkap gambar dengan dia, heheee, dengan kami takde pulak. Haiiish. Satu kenangan yang selama-lamanya team debat aku tak dapat lupakan ialah ketika mana peristiwaaa di mana ustazah Rima keluar dengan ustaz Anas dan Rawiyah sedang tidur di atas katil. Kami berenam sedang bertungkus-lumus menyiapkan teks-teks debat dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat. Rawiyah tergolek jatuh dari katil dan dia meraung sekuat hati. Ya Allah, waktu tu aku memang terkejut dan nak luruh jantung. Muka Rawiyah merah padam kerana menangis. Waktu aku dukung dia, ketar tangan aku sebab taktahu nak pujuk macam mana. Aku lap kepala dia dengan air then bacakan al-Fatihah. Dia tetap menangis dan meraung sampailah ustazah Rima balik. Alhamdulillah, takde ape-ape berlaku lepas kejadian tu, Rawiyah membesar dengan sihat. (:

Bermula Episod Baru

Pada suatu pagi yang hening di Imtiaz Dungun, ketika kelas tasmi’, aku mendapat berita sedih. Ustaz Anas ditamatkan kontrak dengan Yayasan Terengganu disebabkan oleh beberapa masalah. Passport ustaz Anas sudah hampir tamat dan kedutaan Syria tak boleh dan tak nak menyambung tempoh passport ustaz Anas dek keadaan yang bergolak di Syria. Kerajaan Syria nak ustaz Anas balik jadi tentera untuk kerajaan Syria. Mana mungkin ustaz Anas akan bantu tentera Bashar Assad laknatullah sedangkan beliau adalah Muslim Sunni. Maka, di situ bermulalah episod baru bagi keluarga Syriaku. Episod duka dan air mata yang sekaligus mengubah hidup aku. Aku ingat lagi apa cikgu Sejarah aku bagitahu dalam kelas, “Kalau ustaz Anas balik Syria, ada dua perkara je yang akan berlaku, samaada kena bunuh atau hidup sebagai pelarian”. Allahu Akbar, waktu tu aku tak mampu bayangkan macam mana keadaan Rawiyah. Aku tak boleh bayangkan hidup dia sepertimana aku tengok keadaan di Syria seperti yang ditayangkan oleh media massa dan media sosial. Aku cuba minta tolong dengan ayah aku untuk minta status pelarian daripada kerajaan Malaysia untuk ustaz Anas, tapi perancangan Allah adalah lebih baik.

Tabahnya Hati Wanita Syria

Aku selalu tanya ustazah Rima, “ya Ustazah, kaifa bisurya?”, “wahai ustazah, bagaimana dengan Syria?” , ustazah akan jawab dengan tenang, “Hasbunallahu wa nikmal wakeel, nikmal maula wa nikman nasir” , “Cukuplah Allah untuk menolong kami,dan Dia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. Wajah ustazah ketika melafazkan kalimah tu cukup tenang. Tidak tergambar sedikitpun kerisauan dan ketakutan. Ya Allah, sehingga aku selalu tertanya, dari mana datangnya kekuatan? Ustazah Rima berasal daripada bandar Halab, antara bandar yang paling teruk terjejas. Ahli keluarga ustazah di sana, tak risau ke ustazah, persoalan yang sering bermain di fikiran aku. Kalau ustazah balik Syria, tak takut ke ustazah? Kat sana mereka menzalimi Muslim Sunni, mereka bunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan, mereka merogol wanita di hadapan ahli kelurga, mereka sembelih dan bunuh dengan kejam. Ya Allah, aku tak mampu bayang keadaan di Syria namun ustazah tetap tenang. Akhirnya, segala persoalanku terjawab. Mereka, orang Syria dan Palestin meletakkan setinggi-tinggi pengharapan hanya kepada Allah. Apapun yang berlaku, baik atau buruk, mereka yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Mereka telah redha dengan apa yang berlaku dan bersangka baik dengan Allah. Ya Allah, refleks balik kepada diri kita, adakah setinggi itu pengharapan kita kepada Allah? Adakah kita bersangka baik dengan Allah? Adakah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita? Tepuk dada tanya iman.

Hadiah Buat Adik Tersayang


Ketika aku menyertai outreach program Guru Muda Bahasa Arab di Kedah, kami, ejensolehah telah membelikan sepasang kasut merah buat adik kesayangan kami, Rawiyah yang sudah mula bertatih. Kasut merah kanak-kanak, yang apabila tapaknya menyentuh lantai akan mengeluarkan bunyi. Pada suatu malam, seusai kami menunaikan solat Fardhu Maghrib di Musolla ar-Rayyan, ada di antara kami telah memakaikan kasut di kaki Rawiyah. Selepas sahaja imam mengaminkan doa, kedengaranlah bunyi “quack,quack,quack” bunyi tapak kasut yang sangat nyaring daripada Rawiyah yang sedang bertatih. Rawiyah sangat gembira, dia sengih lebar sangat, tak mungkin aku akan lupa, dan ketika itu aku lihat Thahirah sedang berpeluk dengan ustazah Rima, dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku melihat air mata ustazah Rima. Allahu Akbar, waktu dia peluk aku, aku pun menangis. Kali pertama, aku rasa sakit sangat dalam dada aku, aku rasa takut sangat akan perpisahan. Ustazah bagitahu kami, dia berterima kasih sangat-sangat untuk segala-galanya. Dia bagitahu kami, dia sayang kami kerana Allah. “Andai ukhuwwah kita terputus di dunia, berusahalah untuk berjumpa di syurga”. Aku ingat lagi, aku tanya ustazah.. “Ustazah, bagaimana jika kamu perlu pulang ke Syria? ”, ustazah jawab.. “Kullu khair, liannahu minallah”, “segala-galanya baik, kerana segalanya datang daripada Allah, jika aku perlu pulang ke Syria, itu adalah baik untuk aku, jka aku menetap di Malaysia, itu juga baik untuk aku kerana apa yang Allah taqdirkan adalah yang terbaik”. Kata-kata ustazah waktu tu betul-betul menikam hati aku hingga ke dalam. Waktu tu aku tengah frust dengan result trial SPM aku. Aku rasa Allah tak adil dengan aku, aku dah usaha sehabis daya tapi result aku masih teruk, Lepas aku cakap dengan ustazah, aku rasa malu dengan Allah, Allah baru uji aku dengan satu pekara yang kecil, Dia tangguhkan kejayaan aku, aku dah putus asa dengan Dia, aku dah marahkan Dia, aku dah bersangka buruk dengan Dia. Sedangkan ustazah Rima dan ustaz Anas, Allah uji kampung halaman mereka dengan peperangan, ahli keluarga mereka terkorban dan mereka dipanggil untuk pulang ke sana, namun, mereka masih bersangka baik dengan Allah.


Pinjam gambar Encik Google


Beza antara kita dan orang-orang Syria dan Palestin, hati kita masih terpaut kepada dunia. Mereka diuji dengan peperangan, kezaliman dan pembunuhan. Kita diuji dengan kenikmatan. Nikmat yang menyebabkan kita alpa, lupa dan leka. Allahu, muhasabah diri semula, "cukupkah pergantungan kita kepada Allah, atau kita hanya perlukan Allah ketika kita susah sahaja?". Moga kita menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahNya, tidak kira ketika diuji ataupun ketika gembira.


**bersambung Keluarga Syam ( Bahagian 3 )