Tuesday, May 20, 2014

Bumi Kenyalang?

Bismillah. Assalamualaikum.


Alhamdulillah, keputusan UPU dah keluar. I got UNIMAS with Natasha, my dearest friend. Allahu Akbar, waktu first time tahu dapat UNIMAS, bergenang jugaklah air mata. Yelah, Sarawak! Jauh tuuuu. UIA, tinggal kenangan. Huhu. Saya dapat Asasi Sains Hayat, UNIMAS. Asasi Sains Hayat nie akan lead ke Medic waktu degree nanti. Kalau dapat pointer elok. Moga Allah permudahkan urusanku. Walaupun, sampai hari nie aku masih teragak - agak dan was - was untuk menyambungkan pengajian ke sana. Tapi, saya yakin, pasti ada hikmahnya. PASTI. Actually, berkali - kali aku fikir, aku nak jadi doktor ke? Hehe, ayah saya cakap.. " Jangan fikir masa hadapan, fokus pada hari ini.. " Tak semestinye aku pergi UNIMAS, aku akan jadi doktor. -.-


Impian saya untuk ke UIA hanya tinggal kenangan. Speech Therapist, tetap menjadi impian. Kalau jadi doktor pon, saya nak jadi pakar kanak - kanak, insyaAllah. Dua tiga hari jugaklah saya berfikir, ya Allah.. kenapa aku ditaqdirkan di UNIMAS? Sedangkan ada sahabat yang dapat result sama dengan saya ditawarkan di UIA. Akhirnya, aku tersedar, ya.. Mungkin, di Sarawak, aku dapat mengenali erti Islam yang sebenar. Mungkin di sana, aku lebih faham erti Islam yang sebenar. Allahu Akbar, saya yakin.. pasti ada hikmah yang ditetapkan cuma masih belum tersingkap. (:


Be strong. Be tough. Allah is always there for us. InsyaAllah, future doctor to be. 4 flat foundation. Mawaddah boleh. Hehe, I just need to wake up from my dream. Saya kena kurangkan tidur, that's the first rule. Tambah mutabaah amal. Moga Allah permudahkan.


Allah yang taqdirkan saya dan Tasha di Bumi Kenyalang. Maka, aku kena kuat. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ya Allah, kuatkan kami. Pelihara iman kami, tetapkan hati kami.. Bittaufiq semua! Belajar kat manemanepon sama je. Asalkan, kita berusaha! Kalau asyik pejam mata, macam mana nak berjaya? Bangun dan bangkit dari tidur yang lena. Ummah memerlukan kita. Moga Allah permudahkan urusan kita. (:






4 comments:

  1. semoga terus kuat yee Mawaddah :D saya doakan.

    ReplyDelete
  2. tahniah dear :) . gud luck And take care.

    ReplyDelete
  3. tahniah dapat unimas , gudluck for ur future mawaddah , jaga tasha elok2 ye .. semoga berjaya :)

    ReplyDelete